Saturday, November 19, 2011

SME Karnival @ OGDC Seria

Bermula pada hari Jumaat 2hb Disember hingga hari Ahad 4hb Disember akan diadakan Karnival Live Wire OGDC SME di Pusat Penemuan Minyak dan Gas di Seria bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk Fun Run, Pertandingan Can You Dance, Menaiki Kuda, Go-Kart, Battle of the Band, Talent Show dan Bermacam-macam lagi. Persembahan dan pameran binatang eksotik seperti ular dan reptilia juga diadakan yang dibawakan oleh EdPetshop selain memberikan pendidikan dan berkongsi pengalaman bersama pengunjung semasa karnival diadakan. Bayaran masuk bagi menyaksikan persembahan dan pameran binatang eksotik ialah sebanyak $2 bagi kanak-kanak dan $4 bagi orang dewasa

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai karnival ini boleh menghubungi Stephanie 3377200 atau Nurol 2220964 / 8714488

Sama-sama kita menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana di Brunei Darussalam. Jumpa awda di sana.