Sunday, August 5, 2012

Jualan Amal Hari Raya Aidilfitri 2012

Assalamualaikum WBT untuk semua.. Hari ini sudah masuk hari ke 16 kita berpuasa. Selamat Berpuasa diucapkan kepada semua.


Hanya tinggal kurang dua minggu saja lagi kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Setiap kali dekat-dekat Aidilfitri mesti banyak yang bejual kuih muih sama biskut Raya sama kek rol. Anyway pagi tadi kami bertugas di Jualan Amal Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Pertiwi KB dengan kerjasama Jbt Daerah Belait.


Tahniah diucapkan kepada Persatuan ini kerana setiap tahun berjaya mengadakan aktiviti seperti ini. Alhamdulillah hasil dari jualan ini nanti akan disumbangkan kepada Tabung Amal Anak-Anak Yatim. Semoga Allah sWT akan melipat-gandakan sedekah kitani semua, Amin...
Untuk pengetahuan biskita semua , Jualan Amal ani dibukakan setiap hari bermula hari ini hingga Malam Raya nanti.. Semoga apa yang dihajati atau kuih-muih Raya yang dicari ada terjual di sini. Mun nada so tepaksatah membuat di rumah Hahahaha...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, 
Maaf Zahir dan Batin :)