Saturday, October 27, 2012

First Roadshow for November @ SU Paduka Seri Begawan SOAS Kuala Belait

Hello everyone, Selamat menyambut Hari Raya Aidil 'Adha untuk semua. Just a quick post here. On Saturday 3rd Nov 2012 kami mengadakan roadshow pertama di Sek Ugama Paduka Seri Begawan SOAS Kuala Belait. 3hb Nov merupakan kick-off roadshow pertama sempena habis exam sekolah-sekolah Hahahaa.. Harga kemasukan sebulat suara menetapkan $1 memandangkan pihak sekolah menyediakan free classromm untuk memeriahkan event di sekolah diorang masa habis exam ani..

See you there !!!

Tuesday, October 9, 2012

Assalamualaikum.. Selamat berhari selasa khas untuk anda semua. Terima kasih kerana menjadi pengunjung setia blog ani walaupun cuma kadang-kadang saja kena updates.. Kita sudah memasuki bulan Oktober, seperti yang kita sedia maklum kalau tiba bulan Oktober ertinya musim peperiksaan sudah. Kepada yang exam diucapkan semoga berjaya. Kepada kawan-kawan yang exam 'O' Level atu semoga diberi kelapangan fikiran menjawab soalan nanti. InsyaAllah, pada bulan November nanti kami akan mengadakan jerayawara pameran mini binatang eksotik di sekolah-sekolah rendah dan menengah sekitar Daerah Tutong dan Kuala Belait, cuma sekolah yang terpilih saja. Minta maaf kalau ada sekolah yang alum ada rezeki kan di singgah atu.. Pen-pen yang ada dalam gambar ani akan diberi kepada pengunjung bertuah. Minta maaf inda seberapa pen yang kan dibagi ani, kami cuma ingin memeriahkan roadshow atu saja. Tapi kalau ada pengunjung kan membali pen ani dipersilakan, harganya cuma $1 saja. Hasil yang diterima dari penjualan pen ani insyaAllah akan disalurkan kepada tabung anak-anak yatim di sekolah tempat kami berhenti. Semua jadual perhentian roadshow akan di update di blog ani beberapa hari selepas ani apabila semua sekolah memberikan re-comfirmation diorang.. Jumpa lagi...

Monday, October 1, 2012

Assalamualaikum WBT, terima kasih kerana masih mengikuti perkembangan blog ani.. Terima kasih kerana masih sudi mem-browse cerita, berita dan gambar di sini.. Alhamdulillah kita sudah keeping reptiles lebih 2 tahun bermula tahun 2010 sehingga sekarang dan alhamdulillah koleksi dari bulan ke bulan ada bertambah dengan tarantula baru, lizard baru dan sebagainya. 


Selepas mini exhibition bulan 5 dan bulan 7 berlangsung dengan jaya sekali, kini masa untuk memandang lebih serius dengan hal-hal cemani.. Alhamdulillah, pada bulan September ada dua mini show di rumah orang untuk birthday party and the outcomes nya sungguh memberangsangkan sekali.. Untuk bulan Oktober ani akan dilaratkan di kawasan BSB area lagi kalau ada yang sudi menjemput.. 


Kepada abiskita yang berminat untuk menjemput kami untuk mengadakan pameran mini di rumah-rumah anda untuk birthday party kah, family day kah atau sekolah-sekolah yang berminat, silakan untuk inbox kami di Facebook.. Sokongan anda semua sangat dihargai.. Please wish me a very good luck and all the best.. 

Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang menghadiri, menyokong dan datang ke Mini Exhibition kami pada bulan Julai di Tudung Saji, Kuala Belait.. Kita jumpa lagi tahun depan dengan koleksi yang banyak dan menyeronokkan :)