Thursday, October 30, 2008

Respond to "Open House Sepanjang Syawal" by Kasihz

Hello everyone.. As we all know we have come to the end of bulan Syawal sudah..And respond to Kasihz punya post about "Open House Sepanjang Syawal" atu, yes banar tu Kasihz sebab start 1st day Syawal saja sudah ada yang memanggil makan.. Even i went to your house pun dua kali atu makan saja bah and kamu datang ke rumah ku dua kali pun makan jua.. What i can see Kasihz is that this thing only ada setahun sekali saja and kadang-kadang pun masa Hari Raya Haji ada jua tapi nda sehebat n semeriah Hari Raya Aidilfitri.. Kalau kitani membaca newspaper or meliat News tv pun sepanjang Syawal ani banyak cerita pasal Majlis Ramah Mesra Hari Raya, what i can see from majlis atu is tujuannya nda lain nda bukan is untuk menyatukan and mengeratkan persahabatan, tali silaturahim and friendship (lurus kah? Heheheee...)Actually byk jua laa kelebihan org yang menjemput kitani open house ani.. Salah satunya we get the chance to see their house, ruang tamunya, dapurnya and for sure toilet nya jua.. Selalunya klw hari-hari biasa mana tani ada peluang tu.. Yang siuk nya konvoi ramai-ramai, kereta mesti sentiasa full minyak tu.. Hahaaa….This year at my place ada dua kali open house and sorry arah mereka yang nda dijemput.. Bukan lupa tu ganya ijap nda tekabir bah.. Heheee... Arah mereka yang sudi menjemput and nda beranti-ranti sms nya memanggil makan open house terima kasih banyak-banyak esp Kasihz, Meow, Gina, Gk, Shaikh Khalid... To Jabatan-Jabatan and Syarikat-Syarikat yang menjemput atu pun terima kasih jua, next year lagi ku buat coverage ah... Oh not forget kepada yang sempat datang masa 25th atu terima kasih so so much peeps, sorry nda telayan masa atu ah… Kepada restoran yang sponser makanan kami di studio Rampai Pagi KB, terima kasih banyak arah kita semua.. Nyaman makanan nya...
Selamat Meninggalkan Bulan Syawal and menempuh bulan Zulkaedah....

Wednesday, October 29, 2008

Jabatan Kemajuan Pertanian Kuala Belait anjur ramah-tamah Aidilfitri

SERIA, Selasa - Walaupun bulan Syawal sudah tiba ke penghujungnya, majlis sambutan hari raya terus diadakan di negara ini oleh kementerian, jabatan kerajaan dan beberapa syarikat swasta.
Jabatan Kemajuan Pertanian Kuala Belait hari ini mengadakan majlis ramah mesra hari raya bertempat di Dewan Pejabat Daerah Seria. Turut hadir di majlis tersebut ialah Dayang Hjh. Normah Suria Hayati Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr) Haji Mohd Jamil Al-Sufri, pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan tersebut.
Majlis juga turut menyaksikan penyampaian cenderahati kepada kakitangan yang bersara dan seterusnya dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah. Majlis bertujuan bagi menyatukan pegawai dan kakitangan jabatan tersebut dan mengeratkan lagi tali silaturahim yang sedia terjalin sesama mereka.

Happy Birthday to Ixora @ Renni

Happy Birthday to Ixora.. Nda ku ingat umurnya berapa tahun nie tapi yang penting ia hari jadi today..
Thanks for belanja top-up card walaupun kan setahun ku menunggu Hahaaaa...
Semoga panjang umur , murah rezeki and harap sabar menanti orang yang dirindui jauh di Singapore.. Hahaaa....

Monday, October 27, 2008

Jalan Kecil Sungai Liang Dibaiki Buat Sementara Waktu

SERIA, Isnin – Para penduduk kampong di Jalan Kecil Sungai Liang merasa sedikit lega apabila dua kawasan jalan yang terputus akibat banjir dan limpahan pengaliran air yang deras itu telah dibaik pulih.

Kejadian jalan pecah tersebut telah berlaku pada malam Rabu yang lepas telah menyebabkan penduduk kampong di sini terputus hubungan jalan raya yang merupakan satu-satunya jalan utama penduduk untuk menuju ke jalan besar.
Tinjauan ke tempat tersebut pada hari ini mendapati pihak-pihak yang berkenaan telah mengambil langkah yang cepat dengan membaiki serta menembok jalan tersebut bagi kemudahan dan kegunaan penduduk di kawasan terbabit. Para penduduk kampong yang melalui jalan tersebut adalah disarankan agar sentiasa berhati-hati dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak yang berkenaan.

Keadaan cuaca hujan pada lewat petang membawa ke malam dan adakalanya berlanjutan hingga ke pagi menyebabkan banyak berlakunya banjir kilat di kawasan-kawasan rendah dan tanah susur. Sementara itu orang ramai adalah diingatkan untuk sentiasa berjaga-jaga dan memastikan keselamatan anak-anak mereka bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Oleh : Airil.

Sunday, October 26, 2008

Open House di Bukit Beruang

Hello everyone, semlm ada open house at my place di RPN Bukit Beruang...
Majlis semlm atu selajur dgn tahlil for my late father and my nini yg meninggal..
This pictures taken around pukul 5pm. Baru lepas mengemas-ngemas masa atu.. Sempat ku snap few pictures for this blog..









Meow was there sama anaknya and the boyfriend sama Dillah..

Gambar ani candid masa c Mizzy prempuan durjana ani ke toilet.. Adakah patut bini-bini belakangnya atu kan masuk sama-sama ke toilet, fikirnya public toilet kali Hahaaa......
Nice to know you Elyza, mesra bini-bini ani...
Ada Sweet Lala jua sama cousin nya..
Oh yes Paci Skyzer ada jua sana, first time jumpa ko bro...
Adengan gelojoh yg nda ingin kita lihat.. Hahaaa....

Begambar before balik.. Brapa orang semuanya ah?
Aming dgn BMW nya, nda tenaik bah bukit rumahku, baik tah turun kan berat badan ah Heheee... Thanks Aming jauh-jauh dari Junjungan..

Terima kasih to everyone who managed to come semlm.. Its a busy moment pasal orang datang sampai malam. Last tetamu yg datang is geng-geng chatters KFM.. Thanks to you guys yg sudi datang, sorry yo makanan nda byk betinggalan, kamu atu bah akhir datang..

Wednesday, October 22, 2008

TUTONG, Khamis – Beberapa ibubapa dan penduduk di Rancangan Perumahan Negara Bukit Beruang di sini melahirkan rasa bimbang mengenai dengan keselamatan anak-anak mereka mengenai dengan kehadiran sekumpulan anjing-anjing liar di kawasan tersebut.
Anjing-anjing ini kelihatan berkeliaran di kawasan luar Sekolah Rendah Pengiran Kesuma Negara Bukit Beruang dan kanak-kanak yang kebiasaan berjalan kaki ke sekolah tersebut juga turut merasa takut untuk pergi ke sekolah. Menurut beberapa orang ibubapa yang sempat ditemui berkata, kehadiran anjing-anjing berkenaan datangnya dari kediaman sementara pekerja-pekerja buruh binaan berhampiran sekolah tersebut. Menurut mereka lagi seringkali anjing-anjing ini dilihat merayau-rayau ke rumah penduduk di sini dan menyelongkar sampah serta mencuri selipar atau kasut.
Selain itu mereka juga turut meminta kerjasama dari pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah anjing-anjing liar tersebut demi keselamatan anak-anak mereka yang sering berjalan kaki untuk pergi ke sekolah berhampiran.

Tidak lama dahulu negara kita telah dikejutkan dengan beberapa serangan anjing liar ke atas beberapa orang murid sekolah di Daerah Brunei Muara yang mengakibatkan kecederaan dan penduduk di sini berharap kejadian tersebut tidak terjadi di sini.

Changing Colours

Guys, i changed my blog's colours..
More friendly for your eyes Hahaaaa....
Hope you enjoy reading my journey...

Monday, October 20, 2008

Weekend Tamu In Merangking Belait.

Residents of Kampong Merangking Mukim Bukit Sawat yesterday held a 'Tamu Hujung Minggu' at the Merangking Tamu area. Relevant authorities have provided them with a proper venue to sell their wares such as fresh vegetables, rice, palm cabbage (umbut-umbutan) and many more.

Thanks to Diana RTB for sending me the pictures...

Saturday, October 18, 2008

Roadblock At The Tunggulian Sungai Liang

KUALA BELAIT, Sunday – A roadblock was conducted this early morning at the Tunggulian Sungai Liang involving police personel from the district. Meanwhile the police personel also checking the driver’s licence, modified cars, overloaded vehicles and etc.
Today's roadblock was aimed at educating motorists about the importance of adhering to Brunei's road safety regulations and to make drivers more aware to drive safely by obeying the rules.

By Airil.

Friday, October 17, 2008

Speedboat still a key transport for 'balik kampong'

Speedboat is one of the main water transports, especially for residents of Kg Ayer. As Aidilfitri is being celebrated for over two weeks now, speedboats are enjoying good patronage as "balik kampung" exodus is ongoing every weekend.

Sunday, October 12, 2008

Car Accident Early Sunday Morning

Ahad, 12hb Oktober '08 – Cuaca hujan sejak semalam hingga pagi ini telah menyebabkan banyak air bertakung di beberapa jalan raya dan lebuhraya. Perkara ini menyebabkan jalan raya menjadi licin dan membahayakan pemandu yang memandu begitu laju.Inilah yang terjadi kepada seorang warga tempatan apabila kenderaannya hilang kawalan disebabkan jalan raya licin. Kejadian tersebut berlaku awal pagi ini di lebuhraya simpang Bukit Udal Tutong.

Pemandu terbabit dalam perjalanan dari Daerah Tutong ke Kuala Belait untuk bertugas dan secara tiba-tiba tayar kenderaannya mengalami masalah serta hilang kawalan. Mujur semasa kejaidan tersebut tidak ada sebarang kenderaan yang melintas. Sementara itu pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan polis Tutong menerima panggilan kecemasan awal pagi tadi telah bergegas ke tempat kejadian bagi mengawal lalu lintas di kawasan tersebut. Ekoran dari kejadian tersebut para pemandu sekali lagi diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan meningkatkan langkah waspada apabila berada di jalan raya lebih-lebih lagi semasa musim perayaan ini dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Long Journey Today Tapi Siuk Berabis...

Selamat Hari Raya everyone yg membaca blog ku ani.. Today is the 11th day of raya sudah and as usual orang kitani ani masa weekend atau ujung-ujung kan raya sudah grenti byk bejurit open-house sampai full parut...
Today GK invited open house nya di Kpg. Rambai, jauh eh kan ke ulu usulnya..
Kami jalan dari rumah konvoi ramai-ramai around 12.30t/hari.. Pecaya kamu sampai sasat bah, menuju ke Tasek Merimbun nah, nda jua calii tu..
Kami sampai drumah GK dalam 1 pluss cematu, sampai di parking atu selajur begambar untuk kenang-kenangan.. Begaya semua eh, dgn warna hijau nya.. Eh bisaii jua kamu, aku plg nda begambar bah...


Makanan drumah GK semua nyaman-nyaman, ia semua masak katanya start subuh tadi.. Ada sosej kegemaran ku, ayam, ikan, daging...
Cuba liat semua orang beselera makan ah..
Mana nda, t/hari kali ah ngam time kelaparan bah, ngalih drive iatah lapar kami ah..
Selepas makan apa lgi, seperti lazimnya semua bekumpul, becarita-carita, minum-minum, mengumpat, sembang-sembang, santaii-santaii...
c-GK sampai nda sadar gambar nya kena candid bah, entah apakah saja cerita drg sampai mulut GK cematu atu..
Apa lagi c-Meow sampai nda ingat dunia bah, cuba kamu liat tuu.... Bida Meow eh...
Abis makanan atas mejanya kami bedallll semua, byk tin-tin begelamparan atas meja, mabukk bah ulihnyaa...
Before berangkat ke destinasi seterusnya, as usual acara wajib is begambar ramai.. Sorry yoo nda semua picture ku masukkan sini, klw mau sendiri menyuci Hahaaa..
Macam-macam aksi dapat dilihat masa open-house tadi..
Membagi malu jua tu c-Meow ah, booooo nda kena bagi ampow, tua bangkaa bah ko sudah, bebulu lagi... Btw Meow lepas ani jgn tah bawa anak mu beraya sama kami lagi, macam-macam hal bah anak mu atu muntah di carpet rumah GK, membagi malu saja.. Strezzzz kami semua Hahaaaa....
Di luar rumah GK my mum and Gk's mum ambil chance begambar jua, rupanya my mum ingat-ingat lupa mama c gk ani lama sudah..
Bulihhh kamu ah ada-ada saja, masa keluar rumah pun bisinggg.. patut taahh namanya berisikkk...
Our next destination is ke rumah Ucil di Sengkarai, long journey banar tah jua dari Rambai.. Konvoii 3 buah kereta.. Heheee...
Aku sama Gina ikut kreta GK, malas ku drive, mengantuk kekanyangan sudah nie..


Lepas isyak atu kami ke rumah Kasihz, katanya banyak makanan drumahnya.. Meow apa lgi sekali ku sabut makanan, juling bah matanya..
Siuk jua sudah makan tu sampai duduk besila, nyaman mee goreng sama ayamnya...Langkah kanan kami hari ani eh ada makan arah rumah Kasihz.. Kalau dapat tah tiapppp hari..
Bah banar tah tu nyaman makanan nya.. Sampai c-Ham mengambar pun nda sadar..
"kekanyangan & acara santai-santaii"


I love this cupcakes, c-Boi sampat menapau, bulihhhhhhhh............