Showing posts with label acara keugamaan. Show all posts
Showing posts with label acara keugamaan. Show all posts

Saturday, November 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidil 'Adha to everyone.

Hello everyone, Selamat Hari Raya Aidil Adha to all.. Hari Raya Aidil Adha tahun ani jatuh on 28hb November 2009 and its time to relax and chill for straight 3 days, Hahaaa.. On Friday no Rampai Pagi, Saturday no Rampai Pagi at all but Saturday I have to spread myself all over Tutong District pasal cover ibadat korban event.

Tahun ani im very lucky pasal I got the chance to joined ibadat korban di Masjid Hassanal Bolkiah and its my first time.. I spend around 3 hours di sana watching kerabau kena sembalih, peoples gotong-royong and membahagi-bahagi daging. I was there took pictures selajur for paper lusa.








Anyway earlier this morning sempat jalan-jalan sekajap di kawasan Pantai Seri Kenangan and I stop sekajap pasal ada orang betahlil di kubur Sengkarai. I drop by and as usual took few pictures.

Anyway, that’s all for now. Selamat Hari Raya Aidil Adha to all.. Love ya’..

Thursday, January 8, 2009

Empat beradik memeluk ugama Islam.

Tonight me, Ernie dari Rangkaian Nasional and Azrin of Rampai Pagi Tutong together dengan crew nya kena invite buat coverage di majlis pengislaman 4 orang adik-beradik di Kpg. Bukit Udal. Cuaca tadi hujan labat and the road menuju ke rumah majlis ani licak saja. The majlis should be start 8pm tapi oleh sebab kami betiga sibuk interview 4 beradik ani so majlisnya kena posponed ke pukul 8.20pm.

Anyway tahniah diucapkan kepada empat beradik ani. Nama-nama durang (dari kanan) is Muhammad Izzul Irfan Abdullah Oh, Muhammad Yusri Izz Abdullah Oh, Nursyazwina Izz Abdullah Oh and Muhammad Hafiy Lizam Abdullah Oh.

Monday, December 8, 2008

Majlis korban di Kampung Telisai tumbangkan 9 ekor kerbau

Umat Islam di Negara Brunei Darussalam hari ini meyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Ahli Takmir Masjid Kampong Telisai dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampong Telisai hari ini mengadakan majlis ibadat korban yang disertai seramai 63 orang penduduk kampong di mana sebanyak 9 ekor kerbau di korbankan. Majlis tersebut mengambil tempat di perkarangan masjid berkenaan. Menurut Ahlijawatankuasa Takmir Masjid Telisai Awg. Ramli Hj. Lahit, daging-daging korban tersebut akan diagihkan kepada fakir miskin di kampong tersebut seramai 54 orang dan mereka yang berhak menerimanya.

Ibadat korban merupakan ibadat yang sangat dituntut iaitu Sunat Muakkad dalam syariat Islam dan ia berperanan sebagai platform bagi seseorang untuk menzahirkan kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wataala di atas nikmat yang dilimpahkan. Antara kebaikan melakukan ibadat tersebut ialah dapat menghindar sifat kedekut dan tamak dalam diri, selain itu meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT serta mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan umat Islam. Dari majlis ini juga dapat dilihat para penduduk kampong bergotong-royong dari kerja-kerja penyembelihan hingga kepada pembungkusan daging-daging tersebut.
Seperti lazimnya apabila tiba 10 Zulhijah dan Hari-hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah, amalan berkorban semakin bertambah di mana hampir setiap masjid-masjid, kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan, sektor-sektor swasta serta orang-orang persendirian menganjurkan Majlis Ibadat Korban.

Friday, November 28, 2008

Majlis Merasmikan Kenderaan Jenazah Persatuan Pemuda Pemudi Penanjong Tutong [PERDA]

Masjid Kampong Penanjong kini telah memiliki sebuah kenderaan jenazahnya yang baru bagi kegunaan penduduk kampong membawa jenazah. Majlis penyerahan kenderaan tersebut berlangsung petang tadi di masjid berkenaan sejurus selepas menunaikan sembahyang fardhu Jumaat. Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Tutong, Awg. Hj. Idris bin Hj. Md. Ali. Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah yang kemudiannya diikuti dengan ucapan dari tetamu kehormat majlis. Awg. Hj. Idris bin Hj. Md. Ali dalam ucapannya berkata “sikap keprihatinan dan rasa tolong menolong antara satu dengan yang lain dalam hal yang berkebajikan adalah satu kegiatan dan amalan yang suci di mana kita sebagai umat Islam”. Tambah beliau lagi semoga terbuktinya usaha yang murni itu akan menjadi contoh kepada persatuan-persatuan yang lain di masa yang akan datang”.
Yang Dipertua PERDA Awg. Suni bin Hj. Sulaiman berkata sumbangan berkenaan memberi erti yang sangat besar kepada penduduk kampong serta masyarakat umum di daerah ini dan berharap dengan adanya kemudahan tersebut akan dapat melicinkan lagi pengurusan jenazah.Kenderaan tersebut adalah wakaf dari ahli-ahli Persatuan PERDA, para penduduk kampong Penanjong serta para dermawan di daerah ini. Kereta jenazah yang diwakafkan ini adalah jenis Nissan Urvan yang dibeli secara tunai berharga $33550.00 dan di bahagian belakang penumpang diubahsuai untuk memudahkan keranda jenazah dimasukkan ke dalam kereta tersebut. Seterusnya acara menabur bunga rampai dan menepung tawar kenderaan tersebut disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis dan diikuti oleh Penghulu Mukim Pekan Tutong Awg. Hj. Azahari Iradat, Yang Dipertua PERDA dan penduduk kampong berkenaan.
Para penduduk sekitar atau mereka yang berhajat untuk menggunakan perkhidmatan tersebut boleh berhubung terus kepada Ketua Kampong Penanjong atau melalui ahli-ahli Persatuan PERDA dengan dikenakan bayaran berupa saguhati sebanyak $30.00