SERIA, Isnin – Satu kemalangan telah berlaku pada tengah hari tadi di Lebuhraya Lumut-Liang yang membabitkan sebuah kenderaan pembawa makanan beku. Menurut pemandu terbabit yang sempat ditemui berkata tayar kenderaan berkenaan telah meletup semasa dalam perjalanan dari Kuala Belait serta menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu terbalik. Mujur semasa kejadian berkenaan berlaku, tidak ada sebuah kenderaan lain berhampiran. Bahagian depan kenderaan berkenaan didapati rosak teruk manakala tayarnya pula terpisah dari kenderaan yang menyebabkan kenderaan hilang kawalan.
Pihak polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan bagi mengawal keadaan lalulintas. Menurut laporan dari pasukan polis, tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan ketika kejadian berlaku dan keadaan dapat dikawal.
Sementara itu pihak polis juga turut mengingatkan para pemandu agar sentiasa memastikan kenderaan berkeadaan baik dan selamat untuk dipandu lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan ini. Oleh : Airil.














