Showing posts with label car accident. Show all posts
Showing posts with label car accident. Show all posts

Sunday, July 12, 2009

Guys, can u imagine how on earth this Vios hitam melanggar pondok sikuii di Telisai siring jalan ah.. Nasib jua nada orang luka-meluka masa accident ani eh..Accident ani happened petang tadi around 6pm masa ku kan otw ke Seria kan manapau sushi.. Petang tadi i couldnt go to Kaizen pasal i have to email this report ke editor lagi.. Sia-sia punn eh..

I have no idea brapa kerugian orang gerai ani kena langgar sikuii nya. U can see this pondok bejual sikui kalau melintas kawasan Sungai Paku Telisai. Abis meja pun kena langgar, tiang pondok pun kena langgar..


So moral story nya make sure sebelum bejalan atu kereta biskita berkeadaan baik, tayar jangan botak, and baca doa sebelum drive.. Heheee... See ya' peepss...

Wednesday, March 18, 2009

Another freak accident

Its Tuesday morning, on my way to work this morning there's another car accident involving one car jenis Nissan Latio. According to police personel, the drive is student Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah Kuala Belait.
Masa Monday dua hari pun ada accident along this road di Seria By-Pass which caused major traffic jam along the road.. "Im rush to work!!!"..

Friday, December 19, 2008

Warga asing cedera dalam kemalangan di lebuh raya Bukit Udal

Satu kemalangan dilaporkan berlaku lewat petang tadi di lebuh raya Bukit Udal Tutong. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta salon dan sebuah lori pembawa peralatan elektrik.Menurut penumpang lori yang sempat ditemui berkata mereka dalam perjalanan dari Kuala Belait menuju ke Bandar Seri Begawan bilamana lori mereka dilanggar dari arah belakang dengan laju oleh sebuah kereta salon. Akibat dari pelanggaran tersebut, lori berkenaan terbabas lalu terbalik. Manakala pemandu lori pula mendapat kecederaan di bahagian kepala dan penumpangnya pula selamat dari sebarang kecederaan.

Berikutan dari kemalangan itu juga pemandu kereta salon tersebut terselamat dari mendapat sebarang kecederaan.
Pihak polis yang menerima panggilan kecemasan tersebut bergegas ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan lalu lintas. Pihak ambulan juga dikejarkan ke tempat kejadian bagi merawat pemandu yang tercedera dalam kemalangan itu.
Pihak polis sekali lagi mengingatkan para pemandu supaya akan lebih berhati-hati dan meningkatkan langkah waspada lebih-lebih lagi ketika cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.

Friday, December 5, 2008

Kemalangan sendiri di lebuh raya Bukit Udal Tutong















Satu kemalangan sendiri telah dilaporkan berlaku membabitkan sebuah kenderaan jenis Suzuki Swift. Kemalangan tersebut berlaku di lebuh raya Bukit Udal Tutong.

Menurut laporan polis, pemandu tersebut dipercayai hilang kawalan lalu kenderaannya berpusing dan kemudian merempuh ke longkang berdekatan. Mujur semasa kejadian tersebut tiada kenderaan lain yang melintas. Pemandu dan penumpang di dalamnya terselamat dari sebarang kecederaan.

Pihak polis daerah yang menerima panggilan kecemasan petang tadi bergegas ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan lalulintas. Walaubagaimanapun punca kemalangan masih dalam siasatan.

Tuesday, December 2, 2008

Van terbabas semasa hujan lebat














Keadaan cuaca hujan sejak kebelakangan ini telah menyebabkan jalan raya menjadi licin dan merbahaya kepada pemandu. Berikutan itu, satu kemalangan telah berlaku di Jln. Setia Diraja Kuala Belait yang melibatkan sebuah van.

Pemandu van tersebut dipercayai hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan. Mujur semasa kejadian tersebut tidak ada sebarang kenderaan yang terlibat. Walaubagaimanapun pemandu berkenaan terselamat dari sebarang kecederaan.

Thursday, November 20, 2008

Kejadian Langgar Lari di Lebuh Raya Bukit Beruang / Telisai

Today im having my live tv broadcast dari Belait Studio, abis around 9.35am.. I was driving dari KB to Tutong and jumpa satu roadblock depan Soon Lee Sungai Liang.. My friend from KB News tadi kata today roadblock besar-besaran whole KB.. I dont bother with the roadblock pasal kreta ku pun bukannya teruk..
Masa sampai di U Turn Bt Beruang atu i saw a car accident. Aku pun tarus U Turn la to see the accident. Sebuah kereta Grand Vitara masuk arah rumput samak sana and kretanya tebalik. Subhanallah..... Nampak bah bekas brake tayar di jalan raya ah.. I can imagine brake orang atu panjang..

Rupanya a Bangla guy involved in the car accident and tangannya bedarah-darah ani bah, titik-titik lgi tu.. Luckily ia pakai safety belt katanya.. OMG nyilu ku meliat darah nya..Tadi i was chat with Kasihz and katanya nowadays byk accident sudah. Yes i always see car accidents nowadays and sometimes its very scared to see the cars yg involved. According to the driver tadi, ia kena langgar dari belakang and suddenly kretanya masuk ke samak siring atu. He have no idea warna apa kreta yg langgar atu.. Anyway police is still investigate the hit and run accident and urged to the drivers yg nampak the accident to call police Tutong.

This article also availabe in the Media Permata and Borneo Bulletin Friday 21st Nov 2008.

Monday, November 17, 2008

Kereta masuk longkang setelah tayar pecah

TUTONG, Ahad - Seorang warga asing terlibat dalam satu kemalangan yang berlaku pagi ini di Perpindahan Bukit Beruang Tutong.

Kereta yang dipandu oleh lelaki tersebut merempuh longkang di jalan raya berkenaan apabila tayar kenderaan tersebut pecah.

Pemandu yang tidak mahu namanya disiarkan itu berkata tayar keretanya tiba-tiba pecah lalu hilang kawalan.

Mujur semasa kejadian tersebut tidak ada kenderaan di belakang atau pejalan kaki di sekitar kawasan tersebut dan pemandu itu selamat dari sebarang kecederaan.

Oleh Airil.

Sunday, October 12, 2008

Car Accident Early Sunday Morning

Ahad, 12hb Oktober '08 – Cuaca hujan sejak semalam hingga pagi ini telah menyebabkan banyak air bertakung di beberapa jalan raya dan lebuhraya. Perkara ini menyebabkan jalan raya menjadi licin dan membahayakan pemandu yang memandu begitu laju.Inilah yang terjadi kepada seorang warga tempatan apabila kenderaannya hilang kawalan disebabkan jalan raya licin. Kejadian tersebut berlaku awal pagi ini di lebuhraya simpang Bukit Udal Tutong.

Pemandu terbabit dalam perjalanan dari Daerah Tutong ke Kuala Belait untuk bertugas dan secara tiba-tiba tayar kenderaannya mengalami masalah serta hilang kawalan. Mujur semasa kejaidan tersebut tidak ada sebarang kenderaan yang melintas. Sementara itu pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan polis Tutong menerima panggilan kecemasan awal pagi tadi telah bergegas ke tempat kejadian bagi mengawal lalu lintas di kawasan tersebut. Ekoran dari kejadian tersebut para pemandu sekali lagi diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan meningkatkan langkah waspada apabila berada di jalan raya lebih-lebih lagi semasa musim perayaan ini dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Sunday, October 5, 2008

Fatal Road Crash In Belait

Kuala Belait – A fatal road accident yesterday afternoon caused traffic snarl along the Sungai Liang road in the Belait District. Road users going to and from Kuala Belait to visit their relatives for the Hari Raya celebration were caught for over two to three hours in a long line or vehicles.

Another minor accident exacerbated the situation.
According to the police, the fatal accident that happened about 12.15pm claimed the life of a 41-year-old Indonesian man who was heading to Sungai Liang from Belait.

The accident took place at Sungai Lalit, Sungai Liang-Lumut and involved another four-wheel drive carrying eight people including the driver and three children. Fortunately, they escaped unscathed. They were on their way to the Third Battalion camp in Lumut from Brunei-Muara for the festivity.

The cause of the accident is under police investigation.

Ten police personnel from the Sungai Liang and Seria Police Station, as well as the Emergency Response Squad were deployed to control the slow moving traffic and attend to another minor.

Collision between two vehicles, which happened close by at Jalan Tunggulian Sungai Liang about 3pm. No casualties or injuries were reported.

According to the police, construction signs and cones placed along the road also attributed to the traffic hold-up.

And another crash was also reported along the Seria-Anduki bypass about 6pm in the evening yesterday leading to further traffic congestion. -- Courtesy of Borneo Bulletin

Sunday, September 28, 2008

Pick-Up Terbalik, Pemandu Selamat, Kemalangan di Lumut Liang Highway

SERIA, Isnin – Satu kemalangan telah berlaku pada tengah hari tadi di Lebuhraya Lumut-Liang yang membabitkan sebuah kenderaan pembawa makanan beku.



Menurut pemandu terbabit yang sempat ditemui berkata tayar kenderaan berkenaan telah meletup semasa dalam perjalanan dari Kuala Belait serta menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu terbalik. Mujur semasa kejadian berkenaan berlaku, tidak ada sebuah kenderaan lain berhampiran. Bahagian depan kenderaan berkenaan didapati rosak teruk manakala tayarnya pula terpisah dari kenderaan yang menyebabkan kenderaan hilang kawalan.
Pihak polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan bagi mengawal keadaan lalulintas. Menurut laporan dari pasukan polis, tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan ketika kejadian berlaku dan keadaan dapat dikawal.

Sementara itu pihak polis juga turut mengingatkan para pemandu agar sentiasa memastikan kenderaan berkeadaan baik dan selamat untuk dipandu lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan ini.


Oleh : Airil.