Sunday, October 12, 2008

Car Accident Early Sunday Morning

Ahad, 12hb Oktober '08 – Cuaca hujan sejak semalam hingga pagi ini telah menyebabkan banyak air bertakung di beberapa jalan raya dan lebuhraya. Perkara ini menyebabkan jalan raya menjadi licin dan membahayakan pemandu yang memandu begitu laju.Inilah yang terjadi kepada seorang warga tempatan apabila kenderaannya hilang kawalan disebabkan jalan raya licin. Kejadian tersebut berlaku awal pagi ini di lebuhraya simpang Bukit Udal Tutong.

Pemandu terbabit dalam perjalanan dari Daerah Tutong ke Kuala Belait untuk bertugas dan secara tiba-tiba tayar kenderaannya mengalami masalah serta hilang kawalan. Mujur semasa kejaidan tersebut tidak ada sebarang kenderaan yang melintas. Sementara itu pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan polis Tutong menerima panggilan kecemasan awal pagi tadi telah bergegas ke tempat kejadian bagi mengawal lalu lintas di kawasan tersebut. Ekoran dari kejadian tersebut para pemandu sekali lagi diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan meningkatkan langkah waspada apabila berada di jalan raya lebih-lebih lagi semasa musim perayaan ini dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

No comments: