Wednesday, October 29, 2008

Jabatan Kemajuan Pertanian Kuala Belait anjur ramah-tamah Aidilfitri

SERIA, Selasa - Walaupun bulan Syawal sudah tiba ke penghujungnya, majlis sambutan hari raya terus diadakan di negara ini oleh kementerian, jabatan kerajaan dan beberapa syarikat swasta.
Jabatan Kemajuan Pertanian Kuala Belait hari ini mengadakan majlis ramah mesra hari raya bertempat di Dewan Pejabat Daerah Seria. Turut hadir di majlis tersebut ialah Dayang Hjh. Normah Suria Hayati Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr) Haji Mohd Jamil Al-Sufri, pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan tersebut.
Majlis juga turut menyaksikan penyampaian cenderahati kepada kakitangan yang bersara dan seterusnya dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah. Majlis bertujuan bagi menyatukan pegawai dan kakitangan jabatan tersebut dan mengeratkan lagi tali silaturahim yang sedia terjalin sesama mereka.

No comments: