SERIA, Isnin – Para penduduk kampong di Jalan Kecil Sungai Liang merasa sedikit lega apabila dua kawasan jalan yang terputus akibat banjir dan limpahan pengaliran air yang deras itu telah dibaik pulih.
Kejadian jalan pecah tersebut telah berlaku pada malam Rabu yang lepas telah menyebabkan penduduk kampong di sini terputus hubungan jalan raya yang merupakan satu-satunya jalan utama penduduk untuk menuju ke jalan besar.
Tinjauan ke tempat tersebut pada hari ini mendapati pihak-pihak yang berkenaan telah mengambil langkah yang cepat dengan membaiki serta menembok jalan tersebut bagi kemudahan dan kegunaan penduduk di kawasan terbabit. Para penduduk kampong yang melalui jalan tersebut adalah disarankan agar sentiasa berhati-hati dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak yang berkenaan.
Keadaan cuaca hujan pada lewat petang membawa ke malam dan adakalanya berlanjutan hingga ke pagi menyebabkan banyak berlakunya banjir kilat di kawasan-kawasan rendah dan tanah susur. Sementara itu orang ramai adalah diingatkan untuk sentiasa berjaga-jaga dan memastikan keselamatan anak-anak mereka bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Oleh : Airil.
No comments:
Post a Comment