Wednesday, October 1, 2008
TUTONG, Rabu - Setiap umat Islam adalah diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah semasa bulan Ramadhan yang merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Puasa seseorang itu tidak akan sempurna jika zakat tersebut tidak dikeluarkan. Zakat juga diwajibkan bertujuan untuk memantapkan iman serta membersihkan diri kita dari sifat tamak haloba.
Umat Islam di Negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bermula esok. Sementara itu mereka turut mengambil kesempatan untuk membayar zakat fitrah yang wajib bagi mereka. Tinjauan di Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong mendapati penduduk di kawasan tersebut menunggu giliran untuk membayar zakat fitrah.
Majlis Ugama Islam Brunei telah melantik amil-amil untuk mengutip zakat dari umat Islam di negara ini sepanjang bulan Ramadhan. Zakat firah hendaklah dibayar mengikut jenis beras yang dimakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment