Negara Brunei Darussalam sememangnya kaya dengan salah satu budaya tradisinya iaitu melalui penghasilan kraf tangan yang merupakan satu peninggalan dan menjadi warisan budaya kepada sebahagian kecil masyarakat Melayu Brunei.
Hasil mutu pertukangan tangan ini bukan saja ditingkatkan melalui ukiran atau lorekannya yang sangat halus dan berkualiti, tetapi ditingkatkan ke satu tahap komersial supaya ia menjadi satu lagi industri di negara kita.
Pada masa sekarang, sebahagian kraf tangan ini disajikan kepada pelancong samada untuk dipamerkan atau dikomersialkan.
Jika sekiranya semua kraf tangan ini dikomersialkan menjadi barangan eksport maka ini akan membuka peluang kepada peniaga-peniaga dan usahawan-usahawan bumiputera untuk mempertingkatkan lagi perniagaan mereka.
Sejauh ini hasil kerja tangan yang dihasilkan, jika sekiranya ia dijadikan satu komersial, tidak mustahil ia akan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari orang ramai bahkan pelancong dari luar negera yang sememangnya meminati barangan seperti ini. Dalam pada masa yang sama, genarasi muda kita sekarang akan celik pada hasil usaha kraf tangan yang dihasilkan sejak turun temurun ini.
Kraf mencerminkan budaya dan seni yang memberi identiti kepada sesuatu bangsa. Jika sesuatu kraf itu sudah menjadi lapuk, kita boleh hidupkan semula kraf tersebut melalui cara-cara yang tertentu.
Peluang dan ruang untuk memasarkan barangan kraf tangan amatlah terbuka luas dengan adanya perjalinan kerjasama yang sedia wujud antara Negara Brunei Darussalam dengan beberapa buah negara. Kita percaya, dengan sokongan kerajaan yang berterusan dengan melatih anak-anak tempatan di bidang berkenaan, masa depan kraf tangan tempatan ini akan lebih cerah. Cuma apa yang perlu adalah kesungguhan dan komitmen yang berterusan.
4 comments:
Simply desire to say your article is as astounding. The clarity in your post is just nice and i could assume you
are an expert on this subject. Fine with your permission allow me to
grab your feed to keep up to date with forthcoming post.
Thanks a million and please carry on the enjoyable
work.
my web site view more about
This info is invaluable. How can I find out more?
Feel free to surf to my web blog :: more about
Keep on working, great job!
My site; ballistics
We stumbled over here by a different web address and thought I should check things out.
I like what I see so now i am following you. Look forward
to looking into your web page for a second time.
my web site - locaparty
Post a Comment