Monday, November 17, 2008

Kereta masuk longkang setelah tayar pecah

TUTONG, Ahad - Seorang warga asing terlibat dalam satu kemalangan yang berlaku pagi ini di Perpindahan Bukit Beruang Tutong.

Kereta yang dipandu oleh lelaki tersebut merempuh longkang di jalan raya berkenaan apabila tayar kenderaan tersebut pecah.

Pemandu yang tidak mahu namanya disiarkan itu berkata tayar keretanya tiba-tiba pecah lalu hilang kawalan.

Mujur semasa kejadian tersebut tidak ada kenderaan di belakang atau pejalan kaki di sekitar kawasan tersebut dan pemandu itu selamat dari sebarang kecederaan.

Oleh Airil.

No comments: