Thursday, November 20, 2008

Perkhemahan Motivasi Jaya Diri Anjuran Sek. Men Sayyidina Othman Bukit Beruang Tutong.

Pelbagai aktiviti disusun oleh pihak sekolah bagi mengisi masa lapang penuntut yang telah selesai menduduki peperiksaan akhir tahun. Bagi mendedahkan kegiatan luar dan memanfaatkan waktu ECA kepada penuntut, Sekolah Menengah Sayyidina Othman Tutong hari ini mengadakan Perkhemahan Motivasi Jaya Diri yang dikhususkan bagi penuntut-penuntut sekolah berkenaan.
Perkhemahan ini diungkayahkan oleh Kelab Kembara sekolah tersebut yang disertai seramai 63 penuntut yang diadakan di padang berdekatan sekolah berkenaan. Pelbagai aktiviti diadkaan sepanjang perkhemahan berkenaan.
Cikgu Hj. Ahmad Dahlan bin Hj. Kechik selaku Ketua perkhemahan tersebut berkata perkhemahan ini bertujuan bagi menguji daya ketahanan mental dan fizikal penuntut disamping menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada penuntut bagi meningkatkan semangat belajar.Tambahnya lagi perkhemahan ini juga diharap akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan semangat setiakawan dikalangan peserta dan guru-guru yang terlibat.
Erni also there doing the live phone-in report for Nasional FM.. Ganya tempat ani banyak nyamukk..!!!!

No comments: