Monday, October 1, 2012

Assalamualaikum WBT, terima kasih kerana masih mengikuti perkembangan blog ani.. Terima kasih kerana masih sudi mem-browse cerita, berita dan gambar di sini.. Alhamdulillah kita sudah keeping reptiles lebih 2 tahun bermula tahun 2010 sehingga sekarang dan alhamdulillah koleksi dari bulan ke bulan ada bertambah dengan tarantula baru, lizard baru dan sebagainya. 


Selepas mini exhibition bulan 5 dan bulan 7 berlangsung dengan jaya sekali, kini masa untuk memandang lebih serius dengan hal-hal cemani.. Alhamdulillah, pada bulan September ada dua mini show di rumah orang untuk birthday party and the outcomes nya sungguh memberangsangkan sekali.. Untuk bulan Oktober ani akan dilaratkan di kawasan BSB area lagi kalau ada yang sudi menjemput.. 


Kepada abiskita yang berminat untuk menjemput kami untuk mengadakan pameran mini di rumah-rumah anda untuk birthday party kah, family day kah atau sekolah-sekolah yang berminat, silakan untuk inbox kami di Facebook.. Sokongan anda semua sangat dihargai.. Please wish me a very good luck and all the best.. 

Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang menghadiri, menyokong dan datang ke Mini Exhibition kami pada bulan Julai di Tudung Saji, Kuala Belait.. Kita jumpa lagi tahun depan dengan koleksi yang banyak dan menyeronokkan :)