Sunday, January 10, 2010

Pendaftaran peperiksaan Brunei-Cambridge Peringkat O

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa pendaftaran bagi Peperiksaan Brunei-Cambridge Peringkat O, AS dan A bagi Mei/ Jun 2010 sudah dibuka.

Pendaftaran bagi peperiksaan itu dibuka kepada calon-calon sekolah bagi penuntut yang berkenaan bagi 2010 tertakluk kepada sokongan pengetua dan kenyataan jabatan itu menyebut pendaftaran itu hendaklah melalui sekolah masing-masing.

Kenyataan itu menyebut pendaftaran juga dibuka bagi calon persendirian yang layak mengikuti syarat pendaftaran peperiksaan seperti inyatakan dalam surat pemberitahuan Jabatan Peperiksaan.

Borang pendaftaran serta keterangan lanjut mengenai peperiksaan itu boleh diperoleh dari Jabatan Peperiksaan pada waktu pejabat dari 5 Januari hingga 17 Februari dan borang yang lengkap boleh dihantar ke jabatan pada setiap hari Isnin hingga Khamis dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan dari pukul 1.30 petang hingga 3 petang serta pada hari Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi.

Borang yang lengkap hendaklah dikembalikan ke Jabatan Peperiksaan tidak lewat daripada 17 Februari.

No comments: