Monday, December 1, 2008

Aktiviti di Dewan Bahasa Daerah Belait kurang mendapat sambutan

Pelbagai aktiviti telah disusun oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka bagi mengisi masa lapang murid-murid sekolah yang sedang bercuti pada ketika ini. Antara aktiviti yang diadakan ialah melukis dan mewarna, kuiz, ujibakat dan sebagainya.Tinjauan dibuat di Dewan Bahasa Dan Pustaka Daerah Belait mendapati sambutan yang kurang menggalakan dan hanya beberapa murid sahaja yang menyertai aktiviti yang dianjurkan. Salah seorang kakitangan tersebut berkata, berkemungkinan kurangnya sambutan ini adalah disebabkan pelbagai aktiviti juga turut dianjurkan sepanjang musim cuti persekolahan ini oleh beberapa persatuan, pihak sekolah dan pihak-pihak persendirian seperti perkhemahan motivasi, lawatan ke tempat menarik di Negara ini dan sebagainya. Selain itu beliau juga turut menyarankan kepada ibubapa agar menghantar anak-anak mereka ke perpustakaan yang berdekatan kerana pihak dewan bahasa juga sedang mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk disertai sehingga 20hb Disember ini.

No comments: