Bagi memberi galakan kepada golongan belia untuk menceburkan diri dalam bidang masakan dan mencipta resepi makanan mereka yang tersendiri, Jabatan Belia Dan Sukan Cawangan Daerah Tutong hari ini mengadakan pertandingan masakan.
Seramai empat kumpulan belia perempuan mengikuti pertandingan tersebut terdiri daripada penuntut-penuntut, pencari pekerjaan dan suri rumahtangga berumur antara 15 hingga 25 tahun. Pertandingan berlangsung di Pusat Belai daerah Tutong.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Pengetua Pusat Pembangunan Belia, Dyg. Hjh. Fatimah binti Pehin Penyurat Hj. Mohd Salleh. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan alu-aluan dari Ketua Cawangan Belia Dan Sukan Tutong Awg. Hj. Mohammad Rosfazilah Hj. Yusly. Beliau dalam ucapannya berharap dengan adanya pertandingan seumpama ini akan dapat mengasuh bakat memasak para peserta dan berharap pertandingan seperti ini akan dapat membuka minda mereka untuk berdaya maju di masa akan datang.
Seterusnya tetamu kehormat berkesudian menyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang mana Kumpulan Salurut memenangi keseluruhan pertandingan dengan mendapat markah 73%. Manakala Naib Juara ialah Kumpulan Kusai dengan mendapat 66%, Kumpulan Tapai di tempat ketiga dengan 60% dan tempat keempat ialah Kumpulan Kutu Mayang yang mendapat 51%.
Seterusnya tetamu kehormat juga berkesempatan menyasikan antara hidangan dan masakan yang telah dipertandingkan oleh para peserta. Antara jenis-jenis masakan yang dipertandingan ialah masakan Cina, masakan Barat dan Melayu serta menggubah buah-buahan sebagai hiasan meja.
No comments:
Post a Comment