Friday, December 12, 2008

Banjir di beberapa kawasan di Daerah Tutong

Jumaat – Berikutan dengan sering berlakunya hujan pada waktu malam hingga ke awal pagi, beberapa kawasan di Daerah Tutong mengalami banjir kilat. Salah satu kawasan yang terjejas ialah Kampung Bukit, kira-kira 50km dari Pekan Tutong.

Kejadian banjir kilat itu menyebabkan air naik hingga paras 2 kaki dan paras air dijangka akan naik jikasekiranya hujan berlanjutan hingga ke siang hari. Selain itu kenderaan kecil hanya boleh melalui jalan raya berkenaan jika paras air mulai turun. Para penduduk kampong adalah disarankan supaya akan dapat mengambil langkah berhati-hati dan berwaspada berkemungkinan berlakunya banjir kilat di kawasan tersebut memandangkan kawasan berkenaan telah dikenalpasti sering berlakunya banjir kilat.

Sementara itu beberapa kawasan di Pekan Tutong juga mengalami kejadian yang sama. Di Jln. Petani pula paras air juga turut naik berikutan dengan hujan yang berlaku dari petang hingga malam. Para pemandu terpaksa menggunakan jalan lain untuk memasuki jalan di kedai-kedai di pekan berkenaan. Pihak yang berkenaan adalah disarankan supaya akan dapat meletakkan papan tanda amaran mengenai dengan jalan yang terjejas oleh banjir.

No comments: