Sunday, December 21, 2008

Seismic 3-D mengadakan latihan mencegah kebakaran

Pelbagai langkah-langkah telah diambil oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat di Negara ini dalam mengurangkan jumlah kebakaran bangunan dan kemalangan jiwa akibat dari kebakaran. Sehubungan dengan itu Jabatan Bomba Dan Penyelamat Cawangan Operasi ‘E’ Daerah Tutong pagi ini mengadakan latihan mencegah kebakaran di Kem Seismik 3-D di Tanjong Maya Tutong.Seramai 7 pegawai dan15 anggota Bomba terlibat dalam latihan ini yang mana tempat ini adalah dipilih berdasarkan kawasan berkenaan berisiko tinggi berlakunya kebakaran dan jumlah mereka yang tinggal di kawasan tersebut melebih 600 orang. Pegawai Perhubungan Awam Awg. Ajak Hj. Jais menjelaskan tujuan latihan ini diadakan adalah bagi memberi latihan kepada anggota bomba supaya mereka lebih cekap dalam mengawal sesuatu kebakaran disamping sebagai tindakan awal mereka semasa menerima panggilan kecemasan dari orang ramai.
Latihan tersebut juga turut disaksikan oleh Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘E’ Bomba Dan Penyelamat Daerah Tutong Penguasa Kanan Awg. Tahir Hj. Muktal, Station Commander Cawangan Operasi ‘E’ Tutong dan Lamunin iaitu Awg. Budin Hj. Salleh dan Awg. Atoi Anjong serta Pegawai Pencegah Kebakaran Awg. Mehmood Hj. Sulaiman.
Selepas latihan ini dijalankan, orang awam yang tinggal di kem berkenaan telah diberi penerangan terperinci mengenai dengan tindakan-tindakan awal yang patut diambil oleh mereka apabila berlakunya sesuatu kebakaran.

Sementara itu Awg. Ajak Hj. Jais juga turut menyarankan kepada majikan-majikan supaya akan tampil menyertai latihan seperti ini yang mana latihan ini bukan saja berguna kepada pekerja-pekerja mereka malah risiko merebaknya kebakaran bangunan dapat dikurangkan sekaligus dapat menyelamatkan jiwa.

No comments: